Journal list


Volume List
Search By : Author Keyword Publication Date Volume

Page

Perbaikan Tingkah Laku Bermasalah Kanak-Kanak Sekolah Rendah Melalui Terapi Kognitif–Tingkah Laku

Johari Talib, Maharam Mamat, Maznah Ibrahim, Zulkifli Mohamad

Volume : Vol 5, 2017

Publication Date : 2017-12-29

Keywords : perbaikan, tingkah laku, peminggiran, pencapaian sederhana, Kognitif-Tngkah Laku, motivasi, keibubapaan

Abstract : Kajian ini berasaskan masalah peminggiran yang dilakukan oleh pentadbir sekolah rendah terhadap murid-murid yang mempunyai pencapaian sederhana dan rendah. Sekolah yang dijadikan sampel dalam kajian ini menjalankan sistem pengaliran dengan ketat dan pada masa yang sama memberi perhatian khas kepada murid-murid yang dijangka mendapat pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Pendekatan Terapi Kognitif-Tingkah laku (Cognitive-Behavioral Therapy) Model Kajian Tindakan Kaunseling Elliot (1991) telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 50 orang murid terpinggir telah diberikan perhatian melalui bimbingan kerja rumah, kaunseling individu, kaunseling kelompok, terapi muzik dan lukisan, serta mengikuti kem motivasi pada hujung minggu. Pada masa yang sama, ibu bapa murid turut diberikan khidmat kaunseling secara kelompok dan individu serta bimbingan keibubapaan. Dalam tempoh tiga bulan program ini dijalankan, didapati terdapat peningkatan yang ketara bagi konsep kendiri kanak-kanak, tingkah laku masteri dalam bilik darjah dan pencapaian murid yang lebih memberansangkan dalam tiga subjek yang diukur, iaitu, bacaan, matematik dan Bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid yang mempunyai pencapaian sederhana dalam pelajaran di sekolah boleh mengalami penambahbaikan tingkah laku dan peningkatan pencapaian akademik jika diberi perhatian sewajarnya. Ini juga boleh menolak tanggapan bahawa golongan murid yang sederhana pencapaian mereka dalam akademik merupakan kumpulan kanak-kanak yang boleh mencacatkan reputasi keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

Download Hit : 24279

More Info | Full Paper


Perkaitan antara Perapatan Ibubapa dan Rakan Sebaya dengan Penglibatan Remaja dalam Penyalahgunaan Dadah di Sabah

Azahar Che Latiff, Balan Rathakrishnan, Norhamidah Jarimal@Safri, Siti Noor Fazariah Suis@Mohd Rusdy, Surianti Lajuma

Volume : Vol 5, 2017

Publication Date : 2017-12-29

Keywords : Perapatan, Ibubapa, Rakan Sebaya, Remaja, Penyalahgunaan Dadah

Abstract : Penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja pada masa kini bukan lagi suatu masalah yang harus dipandang ringan oleh semua masyarakat. Fenomena dan keadaan ini menjadi satu masalah yang getir dalam melihat kemajuan dan perkembangan remaja masa kini. Penglibatan remaja dalam masalah ini bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada perkembangan sosial mereka, malah ianya turut merangkumi aspek keruntuhan moral dan akhlak. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat dan mengkaji perkaitan antara perapatan ibubapa dan rakan sebaya dengan penglibatan remaja dalam penyalahgunaan dadah. Kajian ini adalah berbentuk kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Responden yang terlibatkan dalam kajian ini adalah seramai 533 orang yang terdiri daripada kalangan remaja lelaki dan perempuan. Tempat kajian adalah di tiga klinik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Sabah iaitu AADK Sandakan, AADK Tawau, dan AADK Kota Kinabalu. Pemilihan resoponden adalah mereka yang telah dikenalpasti pernah mendapatkan rawatan di Klinik AADK bagi kawasan tersebut. Bagi tujuan analisis data, statistik yang digunakan adalah ujian korelasi untuk melihat hubungan dan ujian ANOVA sehala bagi melihat perbezaan antara pembolehubah. Hasil kajian menunjukkanterdapat hubungan yang signifikan antara perapatan ibubapa dan rakan sebaya dengan penglibatan remaja dalam penyalahgunaan dadah. Keputusan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan penyalahgunaan dadah mengikut kawasan dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan penyalahgunaan dadah mengikut umur. Implikasi dan cadangan untuk kajian akan datang turut dicadangkan.

Download Hit : 10849

More Info | Full Paper


Family Expressiveness and Relation to Birth Order among Chinese Young Adults in Universiti Malaysia Sabah: A Preliminary Analysis

Chew Ying Hui, Grace Wong Ying Heng, Tan Pyn Ting, Chao Tung Yin, Walton Wider

Volume : Vol 5, 2017

Publication Date : 2017-12-29

Keywords : Family Expressiveness, Birth Order, Chinese Young Adult

Abstract : A small number of research has examined the links between the degree of family expressiveness and its relation to birth order. In this preliminary study, 45 Chinese young adults were examined and grouped into three different birth orders (15 first-born, 15 middle-born, and 15 later-born). The respondents completed the Family Expressiveness Questionnaire (FEQ) which contains 40-item that assesses the emotional expressiveness towards one’s family of origin. The expressiveness subscale measures the extent to which family members openly and directly express their emotions. Results indicated that Chinese young adults in Universiti Malaysia Sabah (UMS) have greater frequency and intensity of positive submissive. Furthermore, the family expressiveness among the first-borns and later-borns scored highest on the positive submissive, whereas the middle-borns scored highest on the positive dominant.

Download Hit : 1079

More Info | Full Paper


Mengapa Ibu Bapa Kanak-Kanak Kurang Upaya Fizikal Mempunyai Masalah Kesihatan Mental?

Lineker ak Takom, Ferlis Bullare@Bahari, Nurul Hudani Mohd. Nawi

Volume : Vol 5, 2017

Publication Date : 2017-12-29

Keywords : Ibu bapa, Membesarkan anak kurang upaya fizikal, Masalah kesihatan mental, Luar bandar

Abstract : Membesarkan anak kurang upaya adalah satu cabaran yang unik dimana ibu bapa perlu belajar kaedah keibubapaan yang baru dan sentiasa beradaptasi dengan segala perubahan yang berlaku pada anak. Kepelbagaian cabaran dalam membesarkan anak kurang upaya fizikal ini mendatangkan tekanan dan psikologikal distres kepada kedua-dua ibu bapa. Cabaran ini ditambah lagi dengan kehidupan di luar bandar yang serba kekurangan dari segi akses ke atas perkhidmatan kesihatan dan lokasi yang jauh dari bandar. Kajian mengenai penerokaan masalah kesihatan mental dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal di luar bandar masih kurang dijalankan terutamanya di Sabah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal mempunyai masalah kesihatan mental, dan jika ibu bapa mengalami masalah kesihatan mental, apakah faktornya. Kajian ini terdiri daripada dua tahap iaitu, kajian saringan kesihatan mental menggunakan psychology distress scale (fasa 1) dan kajian induktif menggunakan kaedah kajian kes pelbagai, fasa 2. Dalam fasa 1, psychology distress scale telah diedarkan kepada 30 orang ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal. Hasil saringan mendapati 33.3 peratus (10 orang) ibu bapa mengalami masalah kesihatan mental tahap tinggi (severe). Daripada 10 orang ibu bapa ini, seramai enam orang ibu bapa kepada kanak-kanak kurang upaya fizikal (pelbagai jenis ketidakupayaan fizikal) dipilih menggunakan persempelan teoritikal untuk ditemubual bagi meneroka faktor yang menjejaskan kesihatan mental mereka. Data kualitaitf telah dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti 7.0. Hasil analisis membentuk empat kategori utama mengenai faktor yang menjejaskan kesihatan mental iaitu; masalah penerimaan, masalah kesihatan anak, kesan hidup di luar bandar dan masalah kewangan. Ketegori utama ini kemudian dibuktikan dengan pembentukan proposisi teoritikal menggunakan kaedah perbandingan berterusan antara data dan proposisi teoritikal yang dibentuk. Melalui dapatan kajian ini, adalah dicadangkan bahawa pihak kerajaan perlu mengambil tindakan segera untuk meringankan beban tanggungjawab ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal di luar bandar Sabah.

Download Hit : 4825

More Info | Full Paper


Percaya Terhadap Pasangan: Definisi Menurut Pendekatan Interpretative Phenomenological Analysis (IPA)

Surianti Lajuma, Chua Bee Seok, Agnes Sombuling, Ferlis Bullare@Bahari

Volume : Vol 5, 2017

Publication Date : 2017-12-29

Keywords : Percaya, Pasangan, Hubungan, Interpretative Phenomenological Analysis (IPA)

Abstract : Konsep percaya merupakan satu istilah yang merujuk kepada perspektif sosio-budaya yang dikaitkan dengan satu konsep perhubungan yang membekalkan keselamatan, harmoni, dan kebajikan terhadap individu, pasangan, ahli keluarga dan komuniti secara keseluruhannya.Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti definisi percaya terhadap pasangan yang mana ianya berfokus kepada perhubungan dalam perkahwinan. Kajian ini melibatkan seramai 17 orang subjek lelaki dan perempuan yang telah berkahwin bagi tempoh kurang daripada 10 tahun. Rekabentuk kajian ini adalah menggunakan metod Interpretative Phenomenological Analysis (IPA) yang membolehkan penyelidik untuk mengkaji pengalaman sebenar subjek kajian berkaitan isu yang dikaji. Penyelidik telah menjalankan sesi temubual secara mendalam kepada semua subjek kajian bagi mendapatkan data. Analisis data dijalankan mengikut metod IPA daripada Smith, Flowers, & Larkin (2010). Keputusan kajian telah menghasilkan lima (5) tema berkaitan dengan definisi percaya terhadap pasangan dalam perhubungan iaitu 1) Kebebasan, 2) Keyakinan, 3) Harapan 4) Komunikasi dan 5) Ikatan Sosial. Limitasi kajian serta cadangan untuk kajian akan datang turut dinyatakan.

Download Hit : 1084

More Info | Full Paper


Keberkesanan Intervensi Terapi Sandtray untuk Meningkatkan Estim Kendiri Kanak-Kanak

Azizi Yahaya, Gooh Mo Lee, Ismail Maakip, Peter Voo & Sharon Kwan Sam Mee

Volume : Vol 5, 2017

Publication Date : 2017-12-29

Keywords : emosi, estim kendiri, kanak-kanak, sandtray

Abstract : Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan intervensi sandtray dalam meningkatkan estim kendiri kanak-kanak. Subjek kajian terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 11 tahun di Sekolah Kebangsaan Methodist 2, Melaka (n=32). Kaedah persampelan bertujuan digunakan bagi tujuan pemilihan subjek kajian. Subjek kajian dibahagikan dalam dua kelompok iaitu kelompok sandtray (n=16) untuk kumpulan eksperimen, yang menerima terapi sandtray berbanding dengan kumpulan kawalan (n=16)yang tidak menerima sebarang rawatan. Instrumen yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah Inventori estim kendiri yang dibangunkan oleh Rosenberg Self-Esteem Scale (RSES). Data dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 22 menggunakan Manova Pengukuran Berulang, pra-ujian dan instrumen pasca ujian. Keputusan dari ujian Pillai Trace multivariate menunjukkan kesan utama pembolehubah utama dari ujian pasca adalah signifikan (F [5, 11] = 41.37, p <.05). Pengujian Univariat menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari pembolehubah bebas (sandtray therapy) dengan rendah diri (F [1, 15] = 49.85, ? <.05); pendiam (F [1, 15] = 63.64, ? <.05); pemalu (F [1, 15] = 82.92, ? <.05) dan bimbang (F [1, 15] = 80.07, ? <.05). Transkripsi temu bual juga digunakan untuk menganalisis data kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan estim kendiri subjek kajian. Kanak-kanak dapat menyatakan pelbagai emosi, dapat berkomunikasi dengan baik, bersikap positif dan bersedia untuk menghadapi cabaran dalam hidup. Beberapa cadangan telah dibuat untuk meningkatkan tahap estim kendiri kanak-kanak. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam meningkatkan pembentukan estim kendiri kanak-kanak.

Download Hit : 2449

More Info | Full Paper



Page

**JavaScript is disabled. The site is not able to function properly without the browser having JavaScript enabled.
How to Enable JavaScript in Your Browser .**